Friday 10 February 2017

Happy Holidayyyyy !!

Assalamualaikum~
Halu haluuuu ~

Dah lama sangat tak tulis dalam belog ni. Tengok latest post pun dah berabad (jugak). Haha.
Actually, I just came back from mobility program to Indonesia. It was for one semester. Mesti tertanya-tanya kan Indonesia tu macam dalam sinetron yang selalu kita tegok tu ke? Situasiya sama macam kita tonton drama Melayu yang pukul 6 tu.
Suamiku paling Sweet lah
Isteriku Bosku lah
Cinta Abang Bomba lah
Eh, macam-macam lagi lah (aku pun tak tahu sangat sebab tak minat).
Kebanyakan cerita tu menayangkan apa yang kita inginkan, bukan apa yang kita hadapi dalam kehidupa realiti kita.
Jadi, sinetron yang selalu kita tonton tu umumnya mereka berlatarbelakangkan dari kelas middle up. (oh ya, masyarakat Indonesia ni masih mempunyak kelas bawahan, tengah, atasan macam tu berdasarkan kekayaan yang dimiliki).

Macam mana keadaan disana?

At first, aku macam terkejut juga la bila dapat tahu yang kopi biasanya diminum oleh orang middle up class. Even pengagihan beras pun mengikut hasil pendapatan keluarga. Maksudnya, orang kaya makan beras yang berkualiti tinggi, yang miskin makan la beras yang dah hancur-hancur tu. Very tragic! Perasaan aku tak tergambar bila keluar mall tengok ada makcik duduk degan budak kecil sambil letak bekas kosong depan mereka. Tapi, ada juga situasi yang mana baaaaanyak sangat pengamen (pemuzik jalanan) muda, sihat tapi main muzik and then bila kita bagi duit dia blah macam tu je. Kau rasa?
Bayangkanlah betapa padatnya penduduk Indonesia sampai peluang pekerjaan sangat sempit. Aku rasa Malaysia pun bakal menghadapi situasi sama. 

Another thing is, hanya middle up class yang mampu/layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Yang tak sambung belajar? Terpaksa kerja la. Sara keluarga. So, yang kaya sahaja akan kekal kaya sebab mereka ada ilmu yang kurang berilmu? Jawab sendiri.

Sama tak makanan mereka dengan Malaysia?

I was sooo fortunate to be chosen as exchange student yang mana susah juga la bagi fakulti aku nak dapat. The food, culture, language, everything was similar but not the same. Sadly, I wasn't able to adapt with the food there. I got diarrhea for almost two weeks and got allergies all over my body (itchy skin and dry hair). Masa tu kalau dapat makan meggi kari tu rasa heaven gila sangat dah. Nikmat tak terkata. But, the food there was veeeeeerrry cheap and delicious. At first I couldn't tolerate with the sambal there (which is sooooo spicy) but then, makin lama makin tak cukup pula sambal yang makcik-makcik bagi. hehe~
Our region memang makan pedas-pedas. Ok, cuba korang bayangkan mereka makan tauhu goreng dengan cili (I mean sekali gigitan tauhu, sekali gigitan lagi cili. Lepastu kunyah).

Pergi sana nak belajar atau melancong?

To me, dua-dua. Sebab, dari melancong pun, kita dapat belajar banyak sangat benda. Pelajaran disana memang berbeza dari sistem universiti aku. Memang banyak tertinggal juga macam meeting, consultation, discussion. Bukan tak nak datang tapi, tak tahu. Eh, tahu-tahu je ada discussion. Haaaa, menggelabah kau nak capai tudung semua. Kalau tak datang semua tu kena ganti dengan review of journal submission. Sebab aku tak dimasukkan dalam group wassap batch diorang. Lagi satu, nak bahagi tugas pun nak jumpa. Sis kennot. Nak hantar part report pun nak jumpa (I prefer email) sebab kita jadual lain, masa free lain, and diorang pun probably ada event yang nak kena uruskan. Report dekat sana memang dari awal sem kumpul and hantar masa last last sem. Memang tebal ya ampun ibu bapak la ceghitanya.
Dah sampai negara orang, tak sah la kalau tak jalan-jalan. Paling jauh aku pergi is Yogyakarta. Yogyakarta memang terkenal dengan tempat pelancongan semula jadi. Atau di Indonesia, istilahnya adalah Pariwisata Alam (Nature Tourism). Malas ak cakap banyak, biar gambar berbicara.



Kalibiru

Pulau Timang (korang boleh naik Gondola Ride)

Cukup-cukup lah ye gambarnya. Kalau nak tahu lebih, korang boleg Google and experience sendiri benda ni semua. What can I say is, Pariwisata di Indonesia is the best of all. I could say that it was wonders of Asia. Actually, banyak lagi tempat yang aku visit. Anyway, aku rasa Yogya lebih berbaloi dari Bali and very recommended kepada sesiapa yang nak melancong tapi at the same time nak save budget (tempat honeymoon ke... hahaha)
Please future husband, kita datang honeymoon sini. Oh yes, makanan dekat Yogya lebih senang cari yang halal berbanding Bali and of course, lebih murah.
Jalan-jalan ke Yogya ni aku ambil tour package sebab tak tahu how the public transport works and nak jimat masa untuk visit lebih banyak tempat.
But, aku ada juga try public transport tapi satu hari cuma dapat satu tempat je and letih juga. Tapi, kepuasan berbeza sebab bila naik public transport ni lebih mencabar dan jumpa dengan banyak orang (Alhamdulillah sepanjang aku travel with public transport ni, masyarakat local baikkk sangat siap guide aku lagi.)
Diorang sangat ramah dan kalau malu memang sesat jalan la ceritanyaaaaaaaaa~

Tak susah ke group assignment dekat sana?

To be frank, itu tergantung kita. Aku ada ambil satu subjek yang memang mengkaji tentang masyarakat local like subjek hubungan etnik (sort of) yang memang mencabar. Aku terpisah dengan mobility mates yang lain. Kami kena ke desa and jalankan kajian. Memang tak faham dari segi komunikasi sebab masih ada warga emas yang tak tahu cakap Bahasa Indonesia. Group mate local aku cuba translate untuk aku sebenarnya. Most of the time aku diam je. This is the right time untuk challenge diri aku yang komunikasi isn't all about language. There are many other ways untuk deliver sesuatu mesej kepada orang. It was a very priceless experience yang mungkin lepas ni susah lagi la untuk aku dapat.
Ada juga assignment dalam English yang lebih kurang sama dengan host Uni aku. Tapi, I faced another problem yang mana bila report dalam Bahasa Indonesia aaaaaaaaaaaa.
Aku copy sebijik sebijik dari web/buku/jurnal (jangan marah duhai lectures tersayang hehe)
Ada juga aku tanya kawan-kawan local which is diorang sangat suka bantu.
Sebelum terlupa, aku ada satu subjek ni yang take action luar kampus. Sadly no bus provided but group mates aku gigih gila cari motor untuk kami pergi sekali dengan diorang. Merasa juga lah bawa motor dekat sana. Kereta? Tak berani. kahkah.
Anyway, yang lain sama. Ada presentation and all that.

Benda apa paling rindu?

Since tekak dah Melayu, of course lah makanan. Malaysia memang syurga makanan. Sebab kepelbagaian makanan yang ada menjadikan Malaysia syurga bagi food lover. Mestilah kau rindu keluarga kau, sahabat kau (kalau ada lah, ops sentappp), kekasih gelap terang, bahasa kau.
Not to forget, kau akan lebih menghargai apa yang kau rindu sepanjang diluar negara. Memang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tapi tiada yang lebih baik dari negeri sendiri. 

And I'm planning to spend my youth by learning a lot, and love a lot too.
I hope you read this (you know who you are).

Wassalam~