Friday 21 December 2012

C.I.N.T.A

Assalamualaikum Readers sekalian ~

How's your doing? Everything's fine? Semoga readers sekalian dalam perlindungan Allah hendaknya...Amiinnn ~ Alhamdulillah...tests dah lepas..may every efforts paid...I got two weeks holidays ! Okay now..mesti readers sekalian tertanya-tanya entry kali ni pasal apa kan? Seperti yang menjadi tajuk,entry kali ni tak lain tak bukan pasal CINTA...sebelum masuk pada cerita sebenar,I want to ask you all lah kan..."you all pernah jatuh cinta tak?" I bet mesti macam-macam jawapan ada kan? Tu tak kisah lah yang tu..

CINTA ni adalah satu perkataan yang amat suci pada aku...satu perkataan yang hanya untuk yang layak sahaja. Satu perkataan yang mampu melembutkan hati manusia..mampu membuat seseorang rasa disayangi dan dihargai. CINTA adalah anugerah terindah pada setiap hati manusia...fitrah manusia itu sendiri.

Rasulullah juga sangat mencintai Siti Khadijah hinggakan Aishah cemburu meskipun Siti Khadijah telah lama wafat. Jadi,mencintai itu adalah sunnah juga sebenarnya. Bayangkan lah hidup manusia tanpa CINTA. Dunia tidak berwarna dan sangat kusam. Hidup tidak seindah yang disangka bahkan yang lebih teruk,manusia akan saling membenci dan saling menindas!

Namun demikian,CINTA zaman sekarang telah dicemari oleh hawa nafsu hinggakan kita sendiri menghukum diri kita tatkala jatuh CINTA. Apa sebabnya? Mengapa begitu fenomena sekarang? Dimana silapnya? Mengapa darjat CINTA menjadi begitu murah? Masih adakah CINTA yang mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW?

Pertama sekali,CINTA itu harus diletakkan pada yang benar-benar layak. Pada sebenar-benar pencinta. Ramai yang mengetahui bahawa CINTA ynag kekal abadi ialah hanya kepada Allah...tetapi,berapa ramai yang mengamalkan begitu?


Bagaimana ingin mencintai Allah? Tahu tak? Asas pada agama ialah kenali Allah...Allah ada 99 asmaul husna...itu salah satu cara. Kemanisan iman sangat sukar dicapai. Tapi tak mustahil. Difficult but not impossible. Allah sangat mengasihi hambaNya..Dia menyembunyikan murka dalam redhaNya..Bersyukurlah bahwa kita adalah kaum Muhammad SAW kerana kaum ini sangat istimewa. Allah itu memiliki apa yang kita ada. Kita hanya "pinjam" dari Allah. Even this world. Semua hanya pinjaman. Fikiran kita,gerak langkah kita,semua Allah yang aturkan. Kita hidup di muka bumi Allah ini atas keizinannNya juga. Jadi,kenapa kita tak boleh memberi CINTA kepada Allah? Tepuk dada tanya iman.

CINTA kedua yang patut kita semai dalam diri jiwa raga kita adalah kepada Rasulullah SAW..penghulu segala Nabi..Nabi terakhir yang memimpin umat Manusia..menyampaikan wahyu dari Allah. Baginda amat mengasihi umatnya hingga akhir hayat Baginda menyebut "ummati...ummati..ummati............." Bukan sekali tapi tiga kali! Subhanallah.....begitu dalam CINTA Nabi kita pada kita....kalau nak tahu lebih lanjut..sila lah tengok video di bawah....



Ketiga,semestinya kepada kedua orang tua kita...ibu dan ayah...tanpa mereka,tiadalah kita dengan izin Allah...mereka juga bercinta untuk mendapatkan kita..jadi,mengapa CINTA tak boleh dibalas dengan CINTA? Kita sungguh kejam kalau sekiranya ibu bapa kita sendiri kita tak dapat cintai...sungguh kejam! Ibu kita yang melahirkan kita...dia berjuang dengan nyawanya untuk kita..kenanglah seketika...bagaimana nyawanya di hujung rambut. "Redha Allah terletak pada redha kedua IBU BAPA"..fahamilah...hilang satu keberkatan jika hilang seorang Ibu...

Lelaki pertama dalam hidupku...kasih sayangku !  ABAHKU !!

Syurgaku....IBUKU !!!



Dan pemilik CINTA kita seterusnya boleh lah menjadi milik lelaki yang benar-benar layak. Menerima kita kerana Allah..meletakkan agama sebagai landasan hidupnya....mampu menjadi imam kita..mampu menbuat kita menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik..InsyaAllah...
Ubahlah persepsi kita kepada CINTA bahawa CINTA itu satu pemusnah perasaan..itu adalah salah! Manusia itu sendiri yang bertanggungjawab mencorak seperti apakah CINTA yang dia inginkan. 



Perginya CINTA kerana Allah mengkehendaki. Datangnya CINTA juga atas kehendakNya. Hilangnya CINTA pasti Allah akan menemukan CINTA yang lebih baik. May Alleh bless you all dear readers..May LOVE be something you never regret in having it.
May Allah puts our LOVE to the chosen one. Be a good lover,appreciate the LOVE...

Dear Allah..increase me in knowledge while keep me humble! Amiinn ~

Wassalam~

No comments:

Post a Comment