Tuesday 11 June 2013

Pembantu Universiti Sesi Akademik 2013/2014

Assalamualaikum ~ Salam Sejahtera ~ Salam 1 Malaysia ~

Ni ceq nak habaq mai. Ceq join la PU (Pembantu Universiti Sesi Akademik 2013/2014). Alaa, yang ceq kena balik sini awai tu la. Mula mula ceq sedih sikit la sebab cuti terpaksa dikorbankan demi perjuangan di alam Universiti dan demi adik adik tercinta. *cinta ka?

Kami semua kena jadi PU ni semasa Minggu Perkasa Putra (MPP) ja. Hampa nak tau dak? Ceq jadi AJK Makanan dan Kebersihan. Seramai 10 orang ja yang terpilih. Ceq pun cepat cepat angkat tangan nak jadi hat tu. Sebab, En Shukri (kami punya penyelia Makanan & Kebersihan) kata yang kami ni khas untuk AJK Makanan ja. Yang lain tak buleh. Sapa sapa kacau AJK ni, sila berhadapan dengan En Shuk ya..muehehe...

Ok. Fyi, PU ni seramai 33 orang. Diketuai oleh Abg Rusydi dan dibantu oleh Kak Voon.  Lepaih tu, sebelum kami jadi PU, kami kena lalui kursus dia dulu. Mana buleh main jadi PU ja. Tak dak sistem la kalau lagu tu kan? hehe...

Kursus PU ni start pada 26 Jun sampai 28 Jun. Jadi, untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, makanya aku pun balik 23 Jun. Awai la 3 hari. Buleh berkemaih la apa semua. Tak dak la ralat sangat kan. Memula, kami buat la ice breaking. Bagi pi kenai kenai dulu barisan hadapan PU masa MPP nanti. Nanti dak la dok panggil PU hoi ka, wei ka. Tak sopan sangat! Lepaih ice breaking, dah kenai semua, kami dibagi task.
Task tu dibagi oleh En Abdul Rahim (paksu). Apa task dia? Hampa nak tau ka?
haaa, jeng jeng jeng....
Kami diberi tugasan untuk menguruskan Majlis Penyampaian Amanat oleh Dekan seniri dan Majlis Akur Janji untuk PU.

"Dalam hati kita ada satu titik yang dipanggil SANUBARI"

Perkataan tu memang aku ingat sampai la ni...hehe. Pada keesokan harinya pulak, kami diarahkan untuk buat satu cara yang mana diberi telur, retaih surat khabaq, gunting, tanah liat dengan tali. Kami kena buat teloq tu di bawa ke bawah sampai ke pentas menggunakan medium yang kami dikehendaki buat. Tanpa memecahkan teloq tadi tu. Jadi, hasil kumpulan kami begini :


kami nak buat replika cekelat. tapi alih alih depa kata mayat T.T 
kah kah ~

Tak lupa jugak. Masa kursus ni, aku jumpa balik geng Baksis aku yang aku tersangat-sangat-sangat rindui. hahaha....


Baksis in PU :) Seronok dapat keja ngan hampa balik :)

Masa kursus tu jugak, macam macam la aktiviti kami buat. Sempat gak la bergambaq. Hahaha ~ aku memang pantang nampak kamera ~


Masa kursus tu. Sat ja kami rasa dah buleh ngam dah :)

Tibalah saat yang dinantikan. Junior mula mendaftar pada 5 Jun - 6 Jun. Pada masa tu, AJK Makanan tak busy sangat. Sebab kami just sediakan makanan untuk PU and Staffs ja.

5 Jun 2013.

Pendaftaran pelajar baharu.



muka bahagia sambut juniors. Welcome!! :D


6 Jun 2013.

Pndaftaran pelajar baharu. Tapi, pada malam tu, aktiviti dah start. Taklimat Program & Pembentukan Komunikasi Berkesan oleh En Hakim. Apa yang baguihnya En Hakim ni, dia pandai attract audience tau. Aku seniri pun tak jemu dengaq kalau dia bagi talk...hehe...

7 Jun 2013.

Seawai 4 pagi, kami dah berkumpul kat Dataran C untuk aktiviti kerohanian. Lepaih tu, ada riadah oleh En Hailey. Kemudian, ada Taklimat Bahagian HEP. I'm the emcee !! hahaha..nak jugak. Paih tu, ada Taklimat Penetapan Kemahiran Insaniah oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. Makan siap semua, ada taklimat lagi.
Taklimat Kebajikan Pelajar. Last, rehearsal untuk Majlis Akur Janji. Malam tu pulak, majlis bersama TNC (HEPA).


pakat letih, ngantok semua lengkap. hahaha~

8 Jun 2013.

Pagi macam besa. Lepaih tu, Taklimat Akademik. Acara kemuncak ialah Majlis Ikrar dan Akur Janji. Kemudian, kami bawak rakan pelajar baharu ni pi Taklimat Jabatan dan Pendaftaran Kursus. Malam tu pulak, Majlis Bersama Pengurusan UPM.


tiap tiap malam ada post mortem...


cinta tiga segi yang bersegi-segi..hahaha..

9 Jun 2013.

Hari ni special sikit sebab hari last. Program bersama Kaunselor UPMKB ni adalah program rentas kampus. Kami buat macam explorace lahh. Ada 7 check point semua. Aku act sebagai runner. Pada tengah hari, ada program bersama TD HEP. Iaitu majlis pembakaran barangan rampasan (arak, rokok, vcd porn). Mostly hak milik lelaki. Tapi, paling banyak rokok lahh. Merasa lahh jugak aku bakaq rokok tu.. hahaha ...lepaih tu, kami sambung rentas kampus. Malam tu jugak, pihak kaunselor buat sedikit motivasi untuk pelajar baharu memandangkan jarak tempat belajar dengan rumah jauh. Lain la kalau orang Bintulu. Tu aku tak leh nak kata pa la...hehehe...


******************************* habis Minggu Perkasa Putra *************************************

Ops..lupa nak habaq. Pengalaman menjadi PU ni sangat seronok dan baru. Aku cuma sempat masa semester 3 ja. So, I grab the opportunity la. Sebab sem 5 dah LI. And lagi sekali junior masuk masa sem 5 nanti. Tak dak peluang dah aku... :'( 


Let the picture talk ^____^

Sekian ...
Wassalam ~

No comments:

Post a Comment