Thursday 21 November 2013

Apa khabar hati ??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~ :)

Nabi SAW bersabda :

" Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa itu adalah hati. "

[HR Bukhari dan Muslim]

Seperti kata pujangga Imam Al-Ghazali yang berbunyi ' Hati itu adalah RAJA '.
Di mana apabila hati itu mengarahkan sesuatu, tubuh badan akan segera bertindak balas. Contohnya, hati kita teringin nak makan. Jadi, secara automatik kaki kita akan melangkah ke dapur, tangan akan menceduk makanan dan mulut akan mengunyahkan makanan tersebut.
Of course apabila makanan tersebut masuk dalam badan kita, banyak lagi proses yang akan dilalui. Misalnya macam peristalsis.
Tak tahu ? haaaa...pi kaji...hikhik...

Ana tak nak terlalu formal memandangkan topik ni topik yang agak penting. No. Sangat penting !!
Jadi, ana akan guna bahasa yang light dan tak heavy supaya reader sekalian tak bosan..hihihi...

---------------------------------------------------------------------------------------------

Kita ni merupakan manusia atau nama saintifiknya 'homosepien' yang tidak pernah sempurna. 
Pepatah Inggeris ada menyatakan :

' People with no wrong are genius and genius does not exist '

Sama ada sedar atau tidak, hati kita adakalanya mengalami proses futur.
Apakah itu fasa-fasa futur ?

Contoh :

1) " Hari ni aku malas lah nak pi library tu Siti."
" Kau ni dah kenapa Dania? Sebelum ni rajin je nak pi library. "

2) " Petang ni ada kelas pulak. Kenapa tak semangat ni? Tak pelah. Tidur lah. Sekali je pun ponteng..hihihi ~ "


Jadi, sedar tak sedar di situ fasa-fasa futur berlaku. Atau dalam kata yang mudah difahami ialah hari ini lebih teruk dari semalam.

Semalam adalah sejarah, hari ini perjuangan, esok misteri. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

I really love quotes.

Jadi untuk melawan proses futur ini ada satu cara.
Ubatnya futur ini adalah TAZKIYATUN NAFS @ SUCIKAN JIWA.

Apakah itu Tazkiyatun Nafs?

- Tazkiyatun Nafs ini adalah roh, jiwa, niat, kehendak dll.

Tazkiyatun Nafs ataupun lebih glamour dengan kata Melayunya Nafsu terbahagi kepada dua.

Yang pertama :

1) Manusia yang dapat mengendalikan nafsunya sehingga nafsu tunduk padanya. 

Rasulullah SAW bersabda :

' Tidaklah beriman seseorang diantara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa. '

Yang kedua :

2) Manusia yang diperhambakan oleh nafsunya, sehingga ia tunduk kepada nafsu.

' Sudahkan engkau ( Muhammad ) melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai Tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? '

Surah Furqaan : 43

Tazkiyah itu penyucian atau pembersihan. Zakat (salah satu kata akar tazkiyah) adalah ibadah yang kita lakukan untuk membersihkan atau menyucikan harta dan jiwa kita. Kerana dalam setiap apa yang Allah kurniakan kepada kita, ada milik orang lain. Tazkiyah juga memiliki makna An-Numuww iaitu tumbuh.

Apa sahaja perkara yang mampu membuat kita jauh dari menyucikan jiwa dari sifat akhlak yang buruk seperti tidak sabar, marah, dengki, benci, malas dll di sebut sebagai Takhalliy.

Manakala perkara yang kita lakukan yang menghiasi jiwa yang disucikan dengan sifat akhlak yang baik/terpuji misalnya, rajin, tenang, penyayang dll di sebut sebagai Tahalliy.

Kita perlu melawan (mujahadah) dalam penyucian jiwa kita.

Kenapa kita perlu melakukan Tazkiyatun Nafs?  Apa yang penting sangat Tazkiyatun Nafs ni?

Indeed. Tazkiyatun Nafs sangat penting!

Hal ini kerana, tazkiyatun nafs ini merupakan salah satu tugas Rasulullah SAW.

'Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui.'

-Al Baqarah 2:151

Terdapat tiga tugas Rasulullah SAW

1. Tilawatul ayat : Membaca ayat-ayat Allah.
2. Tazkiyatun nafs : Menyucikan jiwa.
3. Ta'limul kitaab wal hikmah : Mengajar kitab Allah dan hikmah.

Selain itu, penyucian jiwa ini penting untuk mendapatkan hidayah Allah.
Kenapa ?
Kerana melalui jiwalah Allah berikan hidayahNya kepada sesiapa yang dia kehendaki.

Bayangkanlah jika jiwa kita kotor, tidak disucikan. Adakah Allah akan memberikan hidayahNya?

Jika kita diberi air susu didalam cawan yang kotor, adakah kita akan meminumnya?

_Tumbuk dada tanya iman._

Nafsu ini pula terbahagi kepada 3.
Senang je nak ingat..hihihi ~

Yang pertama ialah Al Nafs Al-Muthmainnah.

-Orang yang memiliki nafsu ini jiwanya sentiasa tenang kerana mengingati Allah.
-Dia juga tenang & tenteram tatkala diturunkan musibah kepadanya.
-Jika kehilangan sesuatu dia tidak berputus asa.
-Jika mendapat nikmat, dia tidak lupa untuk bersyukur kepada Allah.

" Wahai jiwa yang tenang, kembalilaj kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. "

Surah Al-Fajr : 27-28

Kedua ialah Al Nafs Al-Lawwamah.

-Orang yang memiliki nafsu ini memiliki jiwa yang sentiasa mencela.
-Nafsu yang goyah, mudah berubah-ubah.
-Kurang ingat pada Allah dan kurang lalai pada Allah. Sedang-sedang.
-Kadang seorang yang sangat memaafkan dan kadang seorang pemarah.
-Kalau dia berbuat baik, mencela dirinya kerana tidak berbuat lebih banyak kebaikan.
-Kalau berbuat jahat, mencela dirinya juga kenapa berbuat jahat.

Terakhir ialah Al Nafs Ammarah bis Suu'.

-Nafsu ini adalah merupakan dasar kepada sifat nafsu.
-Orang yang memiliki nafsu ini mengajak orang lain kepada keburukan.

Wasilah Tazkiyatun Nafs : Tidak boleh keluar dari batas syari'at yang telah ditetapkan Allah dan RasulNya.

Apakah cara untuk melakukan Tazkiyatun Nafs?
Ana faham kadang ada orang yang berfikir bahawa untuk melakukan Tazkiyatun Nafs ini hanya perlu stick kepada satu atau dua ibadat sahaja.
Dekat sini, ana akan senaraikan beberapa cara untuk bertazkiyatun nafs.
InsyaAllah :)

1. Solat.
-Bila dikerjakan dengan khusyuk, ikhlas dan sesuai dengan syarian, ia akan menjadi pembersih jiwa.

Solat yang kita lakukan adakalanya salah dari segi syari'at. Perbetulkan :)

2. Shaum (puasa).

'Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa tidak meninggalkan perkatan dan perbuatan dusta maka Allah tidak berhajat terhadap puasanya dari makan dan minum.'

[HR Al-Bukhari, Ahmad dan lainnya]

'Adakalanya orang berpuasa, bagian dari puasanya (hanya) lapar dan dahaga.'

[HR Ahmad]

3. Zakat.
-Kalau kita tidak menyucikan harta kita, maka ia akan meniggikana cinta kepada harta dunia.

4. Haji dan umrah.
-Berusahalah untuk mendapatkan haji yang mabrur.

5. Muhasabah.

Saidina Umar Al-Khattab berkata,

'Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan. Timbanglah amalanmu sebelum amal kamu ditimbangkan.'

-Niatlah diawal, pertengahan dan di akhir perbuatan kita.

6. Zikir dan fikir.

" Tinggallah jawapan kepada orang jahil, itu adalah jawapannya. "

7. Membaca Al-Qur'an.
-Allah mahu kita tahu ayatNya.
-Bacalah Al-Qur'an walau satu muka.

8. Zikrul Maut (mengingati mati).
-Berfikir tentang sakaratul maut dan kehidupan selepas mati juga boleh menyucikan hati kita.

9. Berdoa.

Pepatah Arab ada menyebut,

"Doa adalah senjata mukmin."

Dah sucikan jiwa, bagaimana pula cara untuk mengekalkan diri dalam penyucian jiwa?

Kita mestilah selalu Muraqabatullah (merasa diri sentiasa diperhatikan oleh Allah)

Selain itu, kita mestilah Muahadah (beri sepenuh komitmen dan berazam dengan kebaikan yang kita buat).

Muhasabah dan evaluasi diri dengan setiap amalan yang kita lakukan.

Mu'aqabah atau menghukum diri saat meninggalkan amalan kebaikan. Contohnya Solat Dhuha 12 raka'at jika tertinggal Solat Tahajjud.

Kita perlulah sentiasa Mujahadah atau bersungguh-sungguh dalam setiap amalan kebaikan yang kita lakukan.



******* Sekian sahaja perkongsian ilmu kali ini. ***********

Semoga ilmu yang baru kita tahu ini dapat kita praktikkan dalam kehidupan untuk mendapat redha Allah dan menjadi mukmin Islam sejati.

Amiin ~ :)

Wassalam ....

No comments:

Post a Comment